free counter web | vps server
free counter web vps server
Blinking Pink Hello Kitty بسم الله الرحمن الرحيم

Friday 17 June 2016

i love you forever sayang .insha ALLAH.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana masih memberi kan ruang untuk kita menebus dosa yang lampau.terlalu banyaknya dosa lalu ,kini & tak kan pernah berhenti melakukan dosa.

8 June 2016
genaplah usia ku 27 tahun, 8.6.2016 5.30pg bergegas ke hopital muar,pendarahan sedikit. terus di tahan wad 12, doctor scan ckp janin ok masih ada. then ckp tahniah.happy je rasa.ckp dalam hati baby nak bg mama cuti ni,saje nk bg mama rehat..ptg tu kluar darah berketul2.memang sehari sebelum tu dah rasa lain da,. ckp kt nurse.then doctor scan lagi, :'( baby dah kt bawah tunggu masa nak kluar je.ptg u papa masak bawak spital buka puasa sama2,dgn shakeel,kakak dekat kg..lepas papa balik malam tu mama xbangun langsung dr katil.xnk baby kluar waktu befday mama.nk kencing tahan je.. 9.6.2016 mama bangun pg nk mandi 7pg.masuk toilet cangkung then janin keluar.Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mngetahui apa yg terbaik buat kami. panggil nurse,nurse ambik janin tu. dc scan,mmng tu janin.rahim mama da clear.genap 7 minggu adik dlm rahim mama. terima kasih syg. walaupun sedih mama tahu Allah xkn uji hamba nya melampaui dr kemampuan hamba nya.sebak ,mama nangis jua.xtahan.tanpa papa disisi.. tersedu2 nangis. ape pun benda dah jd..mama redha.. org nampak kita kuat tp hakikatnya hanya Allah yg tahu. ptg tu dah dischrge.dc cuma inject kt peha ubat tuk kecutkan rahim.

*16 june 2016
= happy annyversary sayang my lovely husband.
 terima kasih kerana sabar dgn karenah isteri mu ini.( die xpenah tahu pon ade blog ni,even da byk kali share kt wall pesbuk iols,husband jenis simple xpernah nk spotcek bagai,phone iols pon xpenah nak pegang apetah lg nk cek memang xpernah,kata nya xsuka benda2 kecik rosakkan hubungan.) syg awak banyak2 sampai moon & star.cehh ayat damia. hehehe

semoga akan ada rezeki utk kita sekeluarga.insha Allah. Teringat ust.Azura masa kat sekolah dulu cakap,'Allah tak akan uji kita tanpa memberikan hikmah dsebalik ujian' yang pasti hikmahnya pasti manis insha Allah.

#tulis blog smlm,smbung hari ni

*18/6/2016
- tengah duduk2 xde keje kt opis,terbelek2 bloger org yang kawin berahun2 masih elum dkurniakan anak.berabis berpuluh ribu pun ada. Ya Allah sebak nya, ujian yang aku dapat tak sehebat org yang masih tak dkurniakan anak. aku dah ada 2 org anak,sorang anak dari rahim yang aku kandung kn, seorang lagi memang anak angkat aku dah jaga dari zaman bujang masa tu aku umur 19 tahun lagi.ramai tanya kenapa aku ambik anak angkat, suke tau persoalkan rezki Allah.

Ya Allah yang Maha penyayang lagi Maha mengetahui mana yang terbaik buat hambaNya,
aku pohon kurniakan mereka zuriat yang soleh & solehah yang akan mendoakan mereka, atau kurnia kan lah redha dihati mereka menerima ketentuan dr Mu Ya Allah. amin Ya Rabb.

*kawan opis pun ada jugak yang kawin dah lama tapi masih tak dkurniakan anak.. saya tahu & faham perasaan sedih bila encik P datang.dulu sampai memnagis2. sedih kn nangis la. malam2 bangun solat tahajud,solat hajat sambil bjurai2 airmata,memang sedih.selama hidup rasanya itu la yang paling sedih+sayu.susah nak describe,hanya yang melaluinya je yang faham.. xmampu nak tolong apa2.. cuma dapat doakan je.insha ALLAH. next entry nak share lah cmna boleh pregnant anak sulung tu.insha Allah mna tahu boleh membantu.

okay lah time up.sampai sini je.
selamat menjalani ibadah puasa ye semua. Assalamualaikum.

rezeki itu milik Allah

Assalamualaikum.
Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad waala alihi wassabihi wassalam
selawat & salam buat nabi kita Muhammad S.A.W .
31/5/2016

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurnia kan buat kami suami isteri.Rezeki ini semua milik Allah, bila2 jua Allah boleh tarik balik segala nikmat kurniaanNya. Kita hanya perlu bersyukur & menghargai selagi ia masih bersama kita. sunggu terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH,
kerana mengurniakan kami suami isteri dengan rezeki zuriat yang ke-2. Syukur..walaupun nikmat zuriat pertama belum puas kami rasai,telah dkurniakan lagi nikmat zuriat yang ke 2. syukur alhamdulillah.segala puji hanya layak buat NYA.

Wahai Tuhan yang maha mengetahui ,
pelihara lah janin yang berada di dalam rahim ku,sempurnakan lah rupa kejadiannya.kurnia kan anak ku dengan wajah yang sempurna,akhlak yang baik,otak yang cerdik,hati yang baik,penglihatan yang sempurna,pendengaran yang baik,jadikan lah kaki nya,kaki yang sntiasa menuju jalan yang di redhaiMU Ya Allah,Jadikan lah tangan zuriat ku tangan yang sentiasa mendah meminta hanya kepadaMu,jadi kan lah bibir zuriat nya yang mngeluarkan hanya perkataan yang baik2.. Ya Allah jadikan hati zuriat ku hanya menuju kepadaMu.jangan engkau membolak balik kan hati kami Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku permudahkan urusan ku selama 9 bulan 10 hari untuk menampung zuriat kurniaan Mu. semoga diberikan kesihatan buat ku serta anak2 ku yang lain supaya dipermudahkan urusan ku..

Amin Ya Rabb.

Tuesday 19 May 2015

kelahiran yang bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA 

MUHAMMAD,WAALA ALIHI WASABBIHI WASSALAM.

SUBHANNALAH MAHA SUCI ALLAH YANG 

MENTADBIR SELURUH ALAM.


16 March 2015 lahirlah seorang zuriat dr rahimku,hadiah dari Allah buat kami suami isteri. Alhamdulillah setelah melalui pelbagai dugaan kini lahirlah pewaris sifat baik budi bicara Mohd Salim Sahril, Insha Allah.dah lama saya nak share detik-detik cemas melahirkan anak sulung,tetapi saya baru menjadi ibu,tak menang tangan dibuatnya untuk menguruskan hal rumahtangga. Alhamdulillah malam ni berkesempatan berdating dgn lappy <3

15 Mac 2015
bangun pagi aku dah terasa sakit kt pinggang tapi sakit yg boleh tahan lah smpai meleleh gak la airmata.pastu kanda ajak p beli breakfast. dalam kereta dah menahan sakit yang datang kejap-kejap. call kak long,katanya tu sakit contraction. almaklum lah tak pernah merasa kan.compius sedikit. tak ada pula tanda-tanda lain macam darah or air.
petang dalam pukul 5 da kerap & sakit kuat sikit.tapi sebenarnya cam sengal-sengal je sakit nye.oleh kerana aku tak tahu camne la sakitnya bersalin tu.hehehe.. so kanda terus decide nak hantar aku ke hospital,kebetulan weekend mana lah ada doctor on duty kat sepital . so nurse terus tahan aku masuk wad sebab takut jadi apa-apa. masuk wad baring & nurse pasang alat kt perut tu,alat ctg nama nye kalau tak silap. untuk cek jantung baby,takut kut2 lemah.pas pasang 30 minit doctor datang & tell us yang kt ctg record tu nampak yang aku ade contraction tapi jalan tak ada.aku tengok kanda cm dah sedih je.sian die excited nk baby sampai berapa hari xp keje sb takut aku sakit xde orang hntar ke spital sb hospital yang kami pilih tu xde sediakan ambulan.( thanks you kanda sb sentiasa ada disisi binimu yg byk songeh plus cengeng ni) pastu memandangkan aku dah overdue doc tu nak induce je. Masa tu xfikir pun sakit ke induce tu,cuma fikir ala sama je,bersalin pun sakit jugak kan?. terus la setuju.call kanda cakap doctor nk induce pukul 8 malam. tunggu punya tunggu...tungguu,,, xde pon..doctor cuma cakap tunggu esok. mungkin nak bagi aku tidur & rehat malam tu.. aku tidur dengan lena bertemankan kanda di sisi. 

16 Mac 2015
bangun solat subuh pastu baring je lah kat spital.. kanda smbung tidur..

masa ni hanya ALLAH S.W.T yang tahu sayunya hati aku sebagai seorang isteri.pa,thanks you for everything u did for me :') syukur Ya ALLAH kerana meminjamkan aku seorang suami sepertinya.yes,dia suami terbaik yang ada didunia ni.. Ya ALLAH panjangkan jodoh kami sehingga keakhir hayat ku.amin Ya RABB..

Pukul 8.30 pagi doctor masukkan ubat induce yang pertama, aku tak boleh bangun selama 2 jam.masa ni da menggigil hati.. takut ye jugak.  dalam masa yang sama happy.. tunggu punya tunggu.. tengahari kanda balik tuk ambik MIL datang ke hospital aku hanya ditemani nenek saudaranya yang sudah berusia almost 80 years.. but she still stronger hokeh.. wa salute dia. siap bawakkan aku kuih.. dalam pukul 2petang.. jeng jeng dia datang. memang sakit.. hanya ALLAH yang tahu.. aku diam tak boleh nk cakap apa-apa sebab kanda tak de :'(  aku ambik wuduk nak solat zohor. Ya ALLAH , aku hamparkan sejadah sambil menahan sakit.ku cuba kuat kan diri. aku capai telekung. tiba-tiba datang contaction aku tak tahan.tak terkata. i dont know how to describe the feel.. tak boleh nak solat.aku letak balik telekung,cuba tenangkan diri sendiri. bertambah cengeng sebab kanda tak sampai-sampai lagi. aku kehulu kehilir,kalau la aku boleh tulis kan kesakitan tu mesti tak de keturunan kt dunia ni. Ya ALLAH banyak nya dosa-dosaku.ampunkan aku. aku cuba baca doa yang mak selalu pesan, sampai tertongang terbalik dah aku baca. siap boleh cakap dalam hati,eh salah baca ni.. kanda sampai dalam pukul 3petang. aku tak tertahan terus meraung menangis. Ya ALLAH sakitnyaa.. sambil gigit-gigit bantal spital tuh.. tertonggeng tonggeng dah aku time tu.. grrr sakit.. sakit..sakit.. tu je yang keluar kt mulut aku. tapi masa kanda tak sampai lagi aku boleh msg exclass mate aku tanya pengalaman wife die induce,die siap cakap" hebat ko tengah sakit boleh msg aku,aku haritu siap ikut bini aku menangis"lepas sakit kuat baru lah aku tahu kenapa die cakap macam tuh.. tapi kanda tak nangis pon.ceit pdahal dalam hati hanya die sendiri je lah tahu kan>< dalam pukul 4.30 ku tak tahan beno rasa nya. siap cakap boleh tak kalau nak caeser je.cepat mudah dan sedap! hahahaha.. siap cakap kt nurse saya tak tahan ni sampai dah bergetar-getar..kanda paksa suh makan,gile ke ape org tengah layan kenikmatan nak bersalin die suh makan.tambah tenaga konon. tapi betul la. maaf ye sayang masa tu mama marah2 awak. ampunkan mama .. ye lah kita sakit dia buat lawak-lawak lagi pahtu kene setepek. ampun sayang.. nurse masuk cek jalan,dah buka 2.5cm. uwaa sikitnye.. tapi sakitnya nauzubillah sodap tak terkata.aku mintak injection tahan sakit. die inject aku kt peha. wah lega lah! aku tidur kejap dalam 30 minit. memang aku rehat diam tak nak nangis. hanya airmata meleleh je. pastu sakit datang balik. dalam pukul 7malam,doctor cek jalan dah 4cm,ayoyo lambat nye. puas aku berjogging hari-hari masa pregnant,naik turun tangga rumah kat tingkat 3..tak semudah yang orang katakan .huhu.doctor suh tolak masuk LABOUR ROOM. kanda terus pecahkan telur ayam kampung bg aku makan,.aku berhabisan tolak tapi kene gak minum. doctor bagi baju putih & masukkan ubat ikut b****t kite,xsmpai 20saat aku nak terkeluar semua isi,masuk tandas & salin baju putih td. terus duduk kat wildchair,time camtu kanda buat lawak lagi,. kalau lah aku berdaya masa tu akan ku ketuk-ketuk pale die.. pastu nurse tolak aku ke LR. sampai kt LR aku diinduce tuk ubat yang ke 2 ikut drip. perghhhhh lagi bertambah sodapp... pastu doctor cek jalan dah 5cm.kanda tanya lama lagi ke, kalau lama saya p solat dulu.nurse tu cakap okay awak boleh pergi solat dulu.memandang kn dah azan masa tu,sedihnya kanda tinggalkan aku. masa kanda tak de aku boleh control sakit. cume meleleh bergenang airmata sambil berketar-ketar gigi.dalam pkul 8.40,cmne aku boleh nampak sharp jam.kt LR tu jam bulat besar gak lah duk depan mata aku.sampai sekrang kalau aku tengok jam bulat kat dinding aku jadi cam trauma. kanda masuk je LR aku terus menjerit.nurse kt situ hanya cakap 'sabar puan,tarik nafas hembus' itu je yg die cakap , nama nurse tu amirah.. sampai aku dah gegarkan katil yang aku baring tu.huhu smapai bila-bila aku takkan lupakan.macam orang gila nk kena kejutan eletrik kat kepala tu.haaa macam tuh lah.. aku tak tahan,aku mintak injection epidural. doctor cakap tak boleh sebab injection tu makan masa tuk bertindak balas. huu sedih! doctor vacuum lah.. aku pulak ngajo doctor tuuh,pastu doctor cek dah buka 7cm.. perghh paling sedap bila doctor tu bukakan jalan aku,terus aku memekik,memang sakit ya ampun rasa tobat nk pregy lagi.. nasib lah swasta kalau kerajaan mungkin aku akan dibaling dari tingkat paling atas.kehkeh.. kanda peluk aku,kalau aku tak silap masa tu dia & aku menangis sekali.Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa kami..aku tak dapat bernafas dengan baik,so baby dalam perut tak dapat oksigen. jantung baby lemah.doctor cakap 'en saya terpaksa caeser sebab jantung baby lemah' kanda terus terduduk.. tak terkata. doctor ambil surat bagi aku yang sigan bukan kanda. kepelikan disitu.. pas aku sign doctor terus masukkn tiub kat salur kencing aku tu,xrasa apa dah.. orang cakap sakitt bebeno.. pastu diangkat aku ke katil tuk di tolak ke Operation theater. masa tu aku mencari-cari kanda,aku nampak die makin jauh sampai la pintu tertutup masa tu dah macam orang gila meraung-raung,siap pikir takut lagi nak tengok doctor belah perut aku.. aku tengah mamai-mamai doctor razif terus tekup macam oksigen kt mulut tu,masa aku mamai-mamai tu nurse nama amirah tu kene marah teruk dengan Dato Dr Razif owner hopital tu,sebab biarkan aku meraung-raung mcm tu. sb doctor razif cakap aku jenis tak tahan sakit.hhahaha memang pun,bru nk kene jahit kaki terkoyak dulu aku sanggup terjun katil spital berkejaran dengan doctor.okay berbalik pada mamai-mamai tadi. aku nampak doctor & nurse tukar baju hijau,semua kelamkabut.. lepas kali ke 2 ditekup mulut aku tak sedar daaa.. 

17 Mac 2015
aku sedar masa aku kene tolak dari OT ke wad,masa tu dalam lif. aku da buka mata & pegang perut aku.eh da kosong.terus sayu rasa hati sebab tak dapat skin to skin dengan baby masa baru lahir. mana anak aku.. tapi aku tak berkuasa nak keluarkan suara.keluar lif aku nampak kanda. mleleh dah airmata masa tu.dengan rambut kusut masai,nurse tolong le sikatkan ek,ni tak di biarkan je mcm aku duk kt wad mental, kan dah tak cun mase tu.hihi. masuk wad aku nampak BIL aku jengah-jengah.aku tak boleh tak bercakap. rasa lemah sangat. bila kanda dah masuk datang kat aku.happy nye die .. die peluk aku cakap "terima kasih mama lahirkan zuriat die,cukup lah 1 anak kita papa tak sanggup nak tengok mama mcm ni lagi" aku senyum je.. die lah kekuatan aku selama ni, tapi aku tak kuatt masa tu even ada dia. lemah lemah. aku cuma tanya 'adik mana' dia cakap adik ade papa da azan kan. memang sedih hanya ALLAH yang tahu.aku tak dapat pegang dulu anak yang aku kandungkan lebih 9bulan. tapi kanda dah pegang dulu.tak aci. tapi memang aku sedih,sampai sekrng perasaan terkilan tu masih ada.
dia cuma tunjuk gambar baby je kat aku masa tu. tak patut betul. aku cuma cakap'nak baby' kanda tanya nak pegang ke 'aku cuma angguk je. tak lama pastu kanda  bawak masuk adik..
 saat ni tak de kata yang dapat aku ucapkan syukur Ya ALLAH kerna memberi kesempatan untuk aku melahirkan zuriat dari rahimku.. walaupun masa ni aku lemah sangat tak kuat sangat nak buat apa-apa.ku gagahkan juga.

kejap je pastu kanda hantar adik ke nursery.kanda cakap mama rehat lah ye.. aku baring-baring terus lelap. aku bangun dlm pkul 3pagi aku panggil nurse.sebab rasa sakit kat perut. nurse bagi aku injection tahan sakit. terus hilang, & injection tu dia bagi setiap 12jam. so pas bsalin mmng aku tak rasa sakit. rasa takut je. takut terkoyak je.takut lahhh.. sebab tak de pengalaman kan memang lah takut.bangun pagi doctor datang cek kata nya aku tak boleh makan minum apa-apa dia cuma drip air kt aku jadi tak de lah rasa lapar sangat.. doctor tepuk-tepuk perut aku.sakit jugak lah. angin kan. doctor cakap kalau dah kentut baru boleh minum,.nurse datang cuci kan tutt kita,sb aku xleh nak bangun.tak leh nak buat apa-apa.. mcm tu la selama aku kat spital setiap berapa jam nurse datang cuci n tukarkan pad.

18 Mac 2015
aku masih tak dapat makan apa-apa.doctor cuma bagi minum air masak je..tengahari tu dierang da bukak tiub kt saluran kencing tu & suruh aku bangun g toilet sendiri. bergetar-getar aku berjalan ke tandas....takut, bukan sakit.
petang baru aku dapat minum milo setiap 2jam .. tapi malam tu aku dah suh kanda tapau mcd. peh heaven gilak dapat makan mcd.tak pantang.. hancur semua cita-cita nak berpantang dengan tekun.

19 Mac 2015
hari ni dah boleh discharge... 

we're complete now!
kakak! walaupun kakak bukan dari rahim mama,mama papa tetap sayang kakak macam zuriat sendiri sebab mama papa tahu kakak dicipta oleh Allah hanya untuk mamapapa.

senyuman yang akan mengubati semua kesedihan.

semenjak adik ada,mama papa selalu happy bila bangun pagi sebab tengok adik senyum tak dak gigi

see baru 2 bulan dah pandai selfie

Muhammad Shakeel Na'il nama diberi 
Muhammad - Thinker, one who meditates
Shakeel - Handsome/comel
Na'il - tali pengikat/baik hati
nama pilihan dari mama papa

Monday blues
thanks maklong belikan adik gantung-gantung siap ade music

semoga jadi anak yang soleh
semoga menjadi hamba Allah yang mendirikan solat
amin

papa botak sempena nazarnya bila adik dah selamat dilahirkan

setakat ni je lah perkongsian pengalaman aku bersalin,. Alhamdulillah akhirnyaaaa dah sampai penghujung. tapi cerita dalam blog ni tak habis lagi ye selagi Allah berikan aku peluang tuk hidup.. buat suamiku Mohd Salim,( nak jugak , even die tak tahu kewujudan blog ni )pa,ampunkan mama dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana mama membebankan papa diluar kemampuan papa. mama tak berniat.. mama hanya ingin yang terbaik untuk zuriat kita. kawin boleh belanja berpuluh ribu dihotel mewah..kenapa bersalin kena berkira. padahal papa mampu, al maklumlah kalau gov ni aurat tak terjaga. doctor lelaki bertukar ganti yang tolong cek, maafkan mama ye, mama juga tak nak papa dipersoalkan di akhirat nanti kerana tak menjaga aurat mama.. tak pe kita susah sekejap, kan kita dah dapat rezki paling besar sekrang. nampak tak lepas ada nya adik rezki kita mencurah-curah?syg mungkin mama bukan wanita solehah, terima kasih pa kerana memilih mama untuk menjadi isteri,terima kasih kerana mempercayai mama untuk mengandungkan dan melahirkan zuriat papa.terima kasih atas kasih sayang papa buat mama,. kalau nak senaraikan tak cukup setahun ni nak type.. terima kasih suamiku kerana mendidik aku dengan tegas.. semoga jodoh kita sehingga ke akhir hayatku. mama berharap kasih sayang kita semakin kukuh dengan ada nya adik, mama harap papa sentiasa sabar dengan perangai mama.. mama sayang papa.. terima kasih Allah!
sekian ASSALAMUALAIKUM

NUKILAN,
bunga lily
20 May 2015





Monday 9 March 2015

Bunga Lily Collection

Alhamdulillah syukur kerana Allah telah membuka mata ku,membuka hati ku untuk menceburi bidang perniagaan. Alhamdulillah juga mendpt sambutan.. rezki zuriat yang bakal tiba.. 14/3 lagi beberapa hari. aku tak sabar untuk memeluk bauan dari syurga. Ya Allah semoga dpermudahkan urusan ku untuk memberikan hadiah bukti cinta ku buat suami ku,. kerana hanya ini yang aku mampu untuk buktikan cinta ku. betapa aku syg & cinta. segala ketakutan hilang,. Menanti kehadiran anak soleh/ bakal imam Insha Allah. Rabbi Yassir Wala Tu Asir..

Saturday 25 October 2014

October 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD,WAALA ALIHI WASABBIHI WASSALAM.
SUBHANNALAH MAHA SUCI ALLAH YANG MENTADBIR SELURUH ALAM.

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI.
139day left..saya akan naik pangkat lagi.hihihi.naik pangkat untuk menjadi mama,sebelum ni mama angkat je.kali ni dr rahim aku sendiri.Insha ALLAH.Semoga Allah mempermudahkan urusan melahirkan. excited.baru je 5bulan semua keperluan papa da siapkan sepenuhnye.tgl baju je lah.sb baru je dpt tahu jantina baby.so tgu la da 7 bulan t baru prepare baju pulak.. dulu tgok jarum je aku da boleh berkejaran dgn dc. sekrang aku hnya pasrah menyerahkan tubuh.huhukkk. kene masuk air,dgn jarumnye besar gedabak,tangan sebelah bg pembantu perubatan,sebelah lg pegang perut,semua ni utk awk syg.zuriatku,hartaku dunia akhirat.sabar je,.lek eleh sekali da kene cucuk,xde lah sakit mane pon.kecoh je aku nih kan..hihi klau dlu siap berjurai2 airmata bila kate kene amik darah.smpai org ambik darah tu xjd nk ambil darah..sejak kejadian kene masuk air haritu.aku terpaksa buat buku checkup kerajaan.sedangkan aku tak nk checkup kerajaan. byk sebab kenapa aku xnk.tp kerajaan checkup sgt detail xmcm swasta.aku asyik nk pitam sesak nafas rupanya sebab kurang darah yg terlampau.klau x,mesti aku tahan sakit je kan.. starts dr hari buka buku asyik la kene ambil darah. suspect tyrod la. darah kurang la.mcm2, ni la antara sebab knp aku xnk g klinik kerajaan.nanti kene mnum air gula la.inject paru2 la.kamcing gg lah.mcm2 hal lah!. tp apakan daya sy bukan ibu mengandung yg sihat. so lps ni continue jugak checkup kat Raja Speacialist,. 2 minggu lagi nk scan 4D. tak sabar nye mama nk tgok muka kamu ikut muka sape,,hihi klau ikut mama mesti hensem.klau ikut papa,mcm cina mata sepet.yg penting mama harap awak mcm papa,papa baik hati.papa syg mama itu yg pastinye.hihi,, papa tukar kereta baru dan sanggup menjualkan encik Vios die hanya kerana awak anakku.. walaupun lps ni papa tpaksa menanggung hutang bank.papa xkisah asalkan dapat bg keselesaan utk anak2 die. semoga awk sihat2 je dlm perut mama k,. sit properly yah baby. we love you..
muah,

Wednesday 9 July 2014

keberkatan bulan Ramadhan I

Rabbana atina fiddunia hasanah wafil'ahiroti hasanah wakinah azabannar.Allahumma solli ala saiyidina Muhammad waala ali wasabbihi wassalam.rabbi habli min ladunka dzuriatan tyoiba innaka sami ud dua.
Alhamdulillah,syukur kerana dipertemukan dengan bulan Ramadhan yg mulia.

berdoalah dibulan ramadhan.Insha Allah ,Allah akan makbulkan. ALHAMDULILLAH.,syukur kehadrat ilahi. Setelah setahun sebulan mendirikan rumahtangga,kami di berikan khabar gembira di bulan yg mulia ini. ALHAMDULILLAH,setelah terasa pelik kanda duk loya2,sy pun loya2.rilek ag sebab kebiasaan mmng mcmtu klau nk P.tgu.tgu.. tibe hari sepatutnya P. X dtg jugak. So tunggu esok nya. Da rasa lain da.nk marah je rasa.fikir biasenye klau nk marah je mesti cik P nkdtg. Xdtg gak.so g beli PT.try.. positif pregnant.Ya Allah happy nye.walaupun xpasti lg.sb sblm ni test xpernah positif. Call kanda,padahal tgah marah bettul kt dia. Rasa cm benci sgt kt dia sejakakhir2 ni.maafkan dinda kanda.. seandainya kanda ada disebalah mesti da peluk cium die.n ckp kanda youre the best thing i ever had!!!! ALLAH send you to me,hold my hand.bring me up.never let me down.. n im happy to be yours wife.lusa baru kami akan comform kan kesahihan PT tu. Mntak2 di bulan ramadhan ni,.. termakbul doa kami suami isteri. Betul,bila lps solat baca doa sama2,itu lah penguat hubungan kami.. semoga sy diberi kesihatan yg baik..
Ckup utk kali ni... assalamualaikum.
 W.b.t. selamat menjalani ibadah puasa

Tuesday 24 June 2014

first annyversary 16 June 2014


Rabbana atina fiddunia hasanah wafilla hirrotihassana,waqina azabannar.wassallahu alai saidina Muhammad waala alihi wasabihi wassalam. Maha suci Allah.. Segala puji hanya utk Allah, hanya Allah yg berhak mendapat kan pujian..syukur kerana telah dikurniakan nikmat hidup berumahtangga SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.SYUKUR ALHAMDULILLAH diatas anugerah yg tak terhingga. Anugerah yg terungkap dek mulut.Hanya Allah Maha mengetahui.
16 JUNE 2014
Cukup lah setahun usia perkahwinan antara Mohd Salim♥ Siti Nazliah.Alhamdulillah kerana kami berjaya menempuh ujian berumah tangga dengan baik.sedang lidah tergigit inikan pulak suami isteri. Tetapi aku sgt bersyukur kerana dikurniakan seorang suami bertanggungjawab.seorang suami yg hensem.seorang suami yg baik akhlak.seorang suami yg mndirikan solat 5 waktu.seorang suami yg sentiasa menegur kesilapan saya dgn hikmah.seorang suami yg tidak pernah menghampakan permintaan sy.seorang suami yg kuat merajuk.seorang suami yg xpandai pujuk.even xpandai pujuk,die cpt cair kene pujuk.kihkih.suami yg ckup sempurna. Seorang suami yg menjalankan tanggungjawab bkn pd sy,tetapi pada putri angkat sy.seorang suami yg mncintai dan menerima sy seadanya.seorang suami yg menjadikan sy seorang wanita yg lebih bermaruah.walaupun dia xromantik mcm Aaron Aziz,aku bersyukur sgt..

KEHADAPAN SUAMI ANUGERAH ALLAH,
syg,
maaf kan dinda.mungkin dinda belum mempunyai rezeki utk memberikan kanda zuriat dari rahim dinda. Dinda yakin rezeki utk kita pasti tiba,kita hanya perlu berdoa dan bersabar. Ada anak atau tidak bkn penentu sesebuah kebahagiaan.kdang yg ade anak pun hidup xbahagia.
Kanda,
maafkan dinda mungkin dinda selalu masak pedas'ikut tekak sndri'bak kata kanda. Tp percaya lah dinda tgah blajar masak xpedas & masak yg sedap utk kanda.cuma dinda perlu kn sedikit waktu.terima kasih kanda walaupun selalu complaint masakan dinda,kanda xpernah tolak makanan yg dinda masak.
Kanda,
terima kasih jugak sb masih sudi makan dr air tangan dinda walaupun time tu kanda tgah marah kt dinda. Terima kasih kanda.
Kanda,
terima kasih kerana selalu menegur dinda dgn hikmah dikala dinda membuat kesilapan.walau kdang2 dinda agak hottemper sket.tp sekejap je. Tp boleh x kalau dinda merajuk kanda pujuk pulak lps ni.penat la asyik dinda je pujuk.hehe. belajar la pujuk dinda.mungkin dinda tambah2 cinta kt kanda.hehehe.
Kanda,
terima kasih kerana sudi menerima dinda sbgai isteri,teman,rakan,kekasih dan bonda buat zuriat kita nanti.terima kasih kerana memberi peluang utk dinda.
Kanda,
ampun dr hujung rambut sampai hujung kaki kerana dinda byk berdosa dgn kanda. Terkadang selalu melawan kata kanda.post di laman sosial yg bkn2. Mengguris hati kanda. Maaf kn dinda.sesungguhnya yg buruk dr dinda.yg baik semua nya dr Allah.
Kanda,
hanya satu yg dinda pinta,. Boleh kah kira nya kanda berkongsikan semua rasa dgn dinda?.boleh kah kira nya jika kanda berbincang dgn dinda sebelum membuat sebarang keputusan keputusan?.sesungguhnya permintaan dinda hnya utk kebahagiaan kita.
KANDA,
akhir sekali selamat ulangtahun perkahwinan kita yg pertama.semoga jodoh kita sehingga hujung nafas,dan disatukan diakhirat kelak. Semoga kita mnjadi pasangan yg saling setia.semoga sentiasa dititipkan rasa kasih,syg,cinta dan rindu diantara kita.smoga kita dapat menjaga diri ditempat masing2.semoga Allah menuntun kaki kita hanya kejalan yg benar.semoga kita dilindungi dr bisikan syaitan.. sesungguhnya kanda kerana Allah aku mencintaimu.. Assalamualaikum.

Sunday 13 April 2014

keajaiban Solat Tahajjud

Dengan Nama Allah , Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan Besar,Nabi Muhammad s.a.w., Ahli Keluarga dan Para Sahabat baginda, Para Ambia',Para Aulia',Para Siddiqin,Para Syuhada'serta sekalian orang-orang yang beriman.

Solat merupakan tiang agama.Solat Tahajjud pula adalah salah satu amalan sunat yang sangat istimewa.Selain solat fardhu,solat Tahajjud amat dituntut untuk dikerjakan.Sesungguhnya solat Tahajjud dapat menghantar kita untuk masuk syurga dengan penuh kedamaian.Firman Allah S.W.T., Yang bermaksud : "Dan pada sebahagian malam hari,bersolatlah ( Tahajjud ) Kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Al-Isra':79)

Orang yang membiasakan diri dengan solat Tahajjud dikira sebagai orang soleh berdasarkan sebuah riwayat dari Abu Umamah,Bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda : "Tetaplah kalian untuk mengerjakan solat malam kerana ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia merupakan pendekatan kepada Tuhan kalian, penghapus dosa-dosa dan pencegah dari perbuatan dosa." ( HR:At-Tirmizi )

Ditanyakan kepada Rasullullah s.a.w.: 'Doa apa yang paling didengarkan oleh Allah?" Baginda menjawab: " Doa yang dipanjangkan pada tengah malam dan setelah solat fardhu." ( HR: At-Tirmizi )

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya hal pertama yang akan dihisab dari perbuatan manusia pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Jika solatnya baik maka dia akan beruntung dan selamat.Jika solatnya rosak maka dia akan rugi.Jika dalam solat fardhunya terdapat kekurangan maka Allah S.W.T. akan melihat apakah dia ada mengerjakan solat sunat. Kemudian seluruh amalnya diperlukan seperti itu." (HR:Abu Daud dan Ahmad)

Setakat ini sahaja coretan yang dapat naz kongsikan,Mudah-mudahan dengan Rahmat Allah S.W.T. kita semua beroleh taufiq dan hidayah-NYA serta berjaya menjadi insan yang cemerlang di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.. Allahumma Amin..